" wajib bagi semua lelaki "
Solat Jumaat ialah solat fardu dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat yang menggantikan solat Zohor . Ianya juga dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat . Solat Jumaat ini hukumnya Fardu Ain iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat - syarat tertentu .
Syarat wajib Solat Jumaat :
- Islam - Tidak wajib bagi khafir
- Baligh - Tidak wajib bagi kanak - kanak yang belum baligh
- Berakal - Tidak wajib bagi orang yang gila
- Merdeka - Tidak wajib bagi hamba abdi
- Lelaki - Tidak diwajibka bagi perempuan
- Sihat - Tidk wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan
- Bermaustatin atau bermukim - Tidak wajib bagi orang yang musafir