Blogger Layouts

10 November 2011

♥ HARIMAU MUDA ♥

" dengar dari radio pun boleh lah "
Alhamdulillah , kemenangn berpihak ke atas Malaysia . Syabas Harimau Muda . Kan aku dah cakap korang boleh menang punya . Berkat doa seluruh rakyat Malaysia termasuk aku , akhirnya pasukan Harimau Muda berjaya menewaskan pasukan Thailand dengan mata 2-1 dalam perlawanan yang berlansung tadi . 

Walaupun aku tak dapat melihat dengan mata kepala aku sendiri game tuh bermula dan tamat but aku dapat rasa kan yang game kali ini memang terbaik lah meskipun ada 2 3 orang yang tercedera di akhir perlawanan tadi . Syabas sekali lagi . Terima kasih kerana anda membuat kami satu Malaysia boleh tidur lena malam nie . Terima kasih jugak atas kejayaan Harimau Muda dan sokongan semua !!! 

KAMI NAK KEJAYAAN YANG LEBIH LAGI 

THANK YOU FOR READ MY STORY

6 November 2011

♥ 3 HARI KESUNYIAN ♥

" rasa lain macam jeh tiga hari tak update blogger , tak online facebook dan twitter "
Rasa macam lama jeh kan aku tak online semua tuh . Padahal baru 3 hari . Biasa lah bila dah hari - hari online tiba time aku tak online rasa macam lama jeh jadinya . Macam mana lah bila cuti sem nanti ye . Kalau aku beli Broadband , boleh lah aku online tiap harikan . So , duit pinjaman dah dapat . Nak guna sikit lah untuk beli Broadband dengan buat cermin mata baru . Nak tambah power yang dah berkurangan .

FACEBOOK , TWITTER , BLOGGER 
                               
THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ SALAM AIDILADHA ♥

" selamat hari raya aidiladha "
Hari ahad , 6 / 11 / 2011 semua umat islam di seluruh dunia menyambut hari yang sungguh bermakna kepada semua iaitu hari aidiladha . Tujuan hari ini diraikan adalah untuk memberi penghargaan kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw kerana banyak pengorbanannya dalam menyebarkan agama islam .

Walaupun aku cuti tak berapa nak lama tapi aku tetap jugak balik rumah . Aku tetap balik kampung jugak . Dua dua kampung tau aku balik . Tapi kan , walaupun hari nie hari raya aku tak dapat rasa pun macam hari raya . Nak tahu kenapa ? sebab aku tidoq jeh pagi tadi . Aku tidoq sampai tengah hari lak tuh . Duduk dalam bilik aircoin , mana tak rasa ngantukkan . Bila dah dapat tidoq , tak ingat dunia dah . Sedap sangat tidoqnya .

Petang tadi dalam pukul 4 aku gerak dari kampung belah emak aku ke kampung belah ayah aku . Sampai dalam pukul6 lhaa . Peningnya rasa macam nak keluar jeh dari kereta masa tuh . Nak hilangkan pening aku tidoq jeh sampai lah kat kampung . Nak bukak mata takut nanti termuntah lak kan . So , tidoq jeh lah kan . Seronok tidoq tapi pening pale tuh jeh lha yang menyampahnya .

BALIK KAMPUNG ~ RAYA RAYA


THANK YOU FOR READ MY STORY

3 November 2011

♥ CERAMAH ♥

" jemputan penceramah luar "
Rabu , 2 / 11 / 2011 bertempat di Dewan Serbaguna PSIS , terdapat satu program khas yang menjemput penceramah yang terkemuka di Malaysia ini ( aku lupa namanya siapa ) datang ke Politeknik Sultan Idris Shah , Sabak Bernam . Kata penceramah tersebut . Ini bukan kali pertama dia datang ke Politeknik kami , sebaliknya sudah 3kali dia datang sebelum ini . 

Kami berasa beruntung kerana tidak ramai yang berpeluang bersua muka dengan beliau kerana sebelum ini orang hanya boleh mendengar namanya di corong radio saja . Beliau selalu memberi motivasi di dalam radio ( aku tak dengar dia sebut radio apa yang dia selalu keudara ) . 

Nak cakap pasal apa yang dia ceramahkan semuanya berkaitan dengan peperiksaan yang bakal kami hadapi tidak lama lagi . Semua tip - tip yang dia bagi sangat berbaloi untuk kami semua . Tidak sia - sia aku datang walaupun bukan 100% aku bagi tumpuan kepada ceramah itu . Aku suka cara dia berkata - kata . Sungguh sedap telinga mendengarnya . Suaranya yang jelas dan bertenaga membuat aku rasa ingin terus mendengar setiap ilmu yang dia curahkan .

FINAL EXAM DAH NAK DATANG WEH !!!

THANK YOU FOR READ MY STORY

2 November 2011

♥ ESUK BALIK RUMAH ♥

" petang tadi aku dah beli tiket bas nak balik Pahang "
Tak sabar rasanya nak tunggu hari esuk . Esuk aku nak gerak balik Pahang dah . Lama kot tak balik rumah . Lebih kurang 2 bulan lebih lah aku tak dapat balik rumah . Apa korang rasa bila dah lama tak balik . Mesti rindu giler kan dengan family . 

Btw , aku tak balik lama sangat lah walaupun cuti seminggu but aku kene balik Poli awal dalam hari rabu sebab ada class pada hari khamis tuh . Kalau tak da class pun aku tetap akan balik awal jugak sebab kalau duduk rumah , komfem lah tak bukak bukunya . Dah lah 14.11.2011 aku " final exam " sama dengan bebudak SPM . Takut rasa nak amik exam . 

Aku harap aku lulus pun dah ok . Aku tak nak repeat paper balik . nanti sem2 ketinggalan banyak . Tak mahu aku . So , daripada benda itu berlaku aku kene amik serius lah sebelum nak exam nie . Karang lain pulak yang jadinya . 

TAK SABAR NAK JUMPA MAK AYAH & ADIK - ADIK

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ HATE ♥

" maruah aku tak lah serendah itu kau nak kata aku macam tuh "
Sentap beb !!! aku tak tahu kenapa dia boleh cakap aku mcm tuh . Macam lah aku nie jahat sangatkan . Macam lah aku nie tak da maruah kan . Aku perempuan ISLAM lagi tau . Aku tahu mana yang betul dan mana yang salah . Takkan lah aku sanggup nak buat benda tak senonoh tuh . Mak ayah aku tak pernah ajar anak - anaknya melakukan benda tak senonoh tuh .

Aku kata aku nak jumpa Si Dia sajakan . Bukan aku nak buat benda tak eluk dengan dia . Kami pun dah lama sangat tak jumpa . Rindu kot . Tapi kenapa kau mesti cakap macam tuh kat aku ? " Boleh buat Lovebud " katanya . Hey !!! keep your little mouth ok . Aku tak seteruk itu k . Aku masih tahu hukum HALAL dan HARAM . Carefully with your mouth next time ok . Jangan nak bergurau tetapi boleh buat orang rasa terhina .

Apa - apa pun , aku dah maafkan dah budak tuh . Buat apa nak bermusuh lak kan . Dia pun dah mintak maaf kat aku . Tak kan aku tak nak maafkan pulak , " sedangkan Nabi memaafkan umatnya , niekan kita yang sebagai seorang manusia yang serba kekurangan " . Tapi , walaupun aku dah maafkan dia , tak bermakna dia boleh buat perkara yang sama tuh berulang kembali .  . 

CAREFULLY NEXT TIME WHEN YOU TALK 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ FORGOTTEN ♥

" habis facebook aku , aku post semua dalam BI "
Macam mana aku boleh terlupa nak update blog untuk hari nie erk ? Sekarang baru aku teringat . Nasib baik ada orang sebut pasal " BLOG " tadi . Terus aku teringat yang hari nie aku tak update pape pun lagi . Subhanallah , pelupa dah aku nie rupanya . Baru ku sedar , haha . 

Btw , itu tak menjadi masala besar bagiku . Yang menjadi masalah besar aku pada hari ini ialah . Semua yang aku post dekat Facebook semua nya dalam " Bahasa Inggeris " korang tahu . Entah apa yang merasuk aku nak berbuat sedemikian entah .  Mungkin disebabkan aku kene buat retest semula kot semalam . Sebab tuh nak usaha membuat ayat dalam BI . Tak boleh blaa beb !!!

SEMANGAT BAHASA INGGERIS 

THANK YOU FOR READ MY STORY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...