Blogger Layouts
Welcome Myspace Comments

3 November 2011

♥ CERAMAH ♥

" jemputan penceramah luar "
Rabu , 2 / 11 / 2011 bertempat di Dewan Serbaguna PSIS , terdapat satu program khas yang menjemput penceramah yang terkemuka di Malaysia ini ( aku lupa namanya siapa ) datang ke Politeknik Sultan Idris Shah , Sabak Bernam . Kata penceramah tersebut . Ini bukan kali pertama dia datang ke Politeknik kami , sebaliknya sudah 3kali dia datang sebelum ini . 

Kami berasa beruntung kerana tidak ramai yang berpeluang bersua muka dengan beliau kerana sebelum ini orang hanya boleh mendengar namanya di corong radio saja . Beliau selalu memberi motivasi di dalam radio ( aku tak dengar dia sebut radio apa yang dia selalu keudara ) . 

Nak cakap pasal apa yang dia ceramahkan semuanya berkaitan dengan peperiksaan yang bakal kami hadapi tidak lama lagi . Semua tip - tip yang dia bagi sangat berbaloi untuk kami semua . Tidak sia - sia aku datang walaupun bukan 100% aku bagi tumpuan kepada ceramah itu . Aku suka cara dia berkata - kata . Sungguh sedap telinga mendengarnya . Suaranya yang jelas dan bertenaga membuat aku rasa ingin terus mendengar setiap ilmu yang dia curahkan .

FINAL EXAM DAH NAK DATANG WEH !!!

THANK YOU FOR READ MY STORY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...