" Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "
Kata Kata Mutiara Buat Sahabat
Sayangilah satu sahabat sejatimu kerana sesungguhnya satu sahabat sejati sangat bererti dibandingkan seribu teman pengkhianat .
Sahabat adalah seseorang yang akan memikul beban kesedihan jika kita sedih dan akan menangis jika kita menangis, tetapi teman hanya akan menemani kita saat bahagia saja. Jadi pilihlah teman sejati iaitu sahabat .
Aku memiliki satu sahabat yang bukan berada disampingku tetapi berada dihatiku, jikalau aku susah aku akan memanggil lubuk hatiku tersebut, kerana disitulah kau berada sahabatku.
Mengapa kau tersenyum? apakah kau bahagia? lalu mengapa kau menangis? apakah kau sedih? pertanyaan itulah yang selalu ada dalam benakku jika sahabatku terdiam dan hanya memberikan senyum simpul dibibirnya atau bahkan hanya tertundukk kerana bersedih.
Tidak ada yang pernah luput dari kesalahan wahai sahabatku. Hari ini kamu telah menyakitiku, tetapi mungkin suatu hari aku yang akan menyakitimu. Dengar ya sahabatku, aku akan memaafkan kesalahanmu sebelum kamu meminta maaf. Semoga kamu juga membukakan maafmu jika aku bersalah telah menyakitimu.
No comments:
Post a Comment