Mengapa aku ditakdirkan untuk mengenal mereka . Mengapa aku diberi kesempatan untuk menyayangi mereka . Mereka banyak merubah aku menjadi sesuatu yang baru . Bila aku bersama mereka aku bukan diri aku . Aku jadi lupa akan kawan - kawan lama . Tetapi mereka tak sebaik kawan lama aku yang care terhadap aku . Tapi aku bersyukur kerana mereka masih mahu menjadi kawan aku .
Bukan senang nak dapat kawan yang sekepala dengan kita . Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan dengan orang baru . Dan bukan susah untuk menyayangi mereka sebagai kawan . Kami sama - sama berjauhan dengan family . Kami sama - sama merindui family kami . Kadang - kadang aku meluahkan rasa rindu aku dekat kawan - kawan aku . Mereka mendengar dengan baik sekali . Aku suka !!!
Tetapi disebalik kegembiraan aku mendapat kawan di sini , ada kala aku " makan hati " dengan perangai mereka . Aku tak boleh nak sellfish kat sini kerana aku berada di tempat orang . Aku terpaksa menjaga hati mereka agar mereka sentiasa ingin menjadi kawan aku walaupun kadang - kadang aku terkasar dan terlebih .
Follow @LOVEeyna93
No comments:
Post a Comment