Blogger Layouts
Welcome Myspace Comments

7 October 2011

♥ CINTA TAK KENAL SIAPA ♥

" lelaki hodoh pandai memikat "
Cinta itu manis , indah , mengasyikkan , menyenangkan dan penuh keceriaan . Istilah cinta itu buta pula menjadika semua yang dilamun perasaan itu tidak menghiraukan apa orang kata mengenai pasangannya . Wanita yang cantik juga dikatakan semakin jelik dengan sikap lelaki yang suka ambil mudah terhadap hubungan yang terjalin malah melihat hubungan hanya sekadar landasan untuk berseronok dan melepaskan keinginan diri sahaja .


Bagi jejaka yang melihat dirinya kacak , sila lihat disekeliling anda , rupa bukanlah penilaian utama yang dicari wanita cantik sebaliknya sikap dan kelakuan serta keperibadian dijadikan ukuran . Jangan pula ada nada cemburu mahupun hairan mengapa lelaki hodoh selalu saja dapat memikat hati si gadis seksi dan mengancam . Sedar atau leka dibuai keasyikan perasaan itu  , ia sebenarnya mampu melahirkan impak cukup besar dalam kehidupan individu . Perasaan yang istimewa itu mampu mengubah kenyataan dan kepercayaan pasangan yang dibuai asmara .


Cinta adalah satu perkara yang indah dan mengasyikkan . Persoalannnya , tahukah anda saat dilamun perasaan itu ? Tiada cara mudah untuk mencari kebenaran di sebalik perasaan anda atau individu lain . Namun , ada beberapa tanda memberitahu kisah cinta mula mekar .
  • Anda tahu kerana anda pun sudah mula bercerita mengenai perasaan istimewa terhadap seseorang itu kepada rakan
  • Apabila meluangkan masa dengan si dia  , anda sangat selesa bahkan mesra
  • Jika atau apabila anda merasa cemburu , perasaa itu akan hilang kerana anda yakin bahkan anda percaya dengan pasangan anda tentang keikhlasannya 
  • Rasa tenang apabila bersama pasangan 
  • Apabila anda berbincang mengenai sesuatu dengan pasangan , walaupun terpaksa berdebat , anda masih dapat mengawal emosi bahkan selepas itu keadaan menjadi lebih mudah untuk diuruskan bersama 
  • Pasangan tidak pernah meminta anda untuk memilih antara dia atau kesetiaan anda kepada keluarga dan rakan
  • Sama ada anda atau pasangan anda berasa perlu untuk menguji kesetiaan atau perasaan antara satu sama lain 
  • Anda senang bersamanya walaupun dengan rakan lain
  • Jika seks adalah keperluan utama dalam hubungan yang dijalin , maka perasaan yang hadir itu bukanlah cinta sebenarnya . Cinta sepatutnya tidak hanya berlandaskan keinginan nafsu sebaliknya tanggungjawab dan komitmen bersama
Cinta paling agung sewajarnya kepada ALLAH , diikuti Nabi Muhammad SAW dan kemudian sesama manusia . Ini bermakna agama mengajar pengikutnya untuk mencintai sesama sendiri tanpa mengira latar belakang etnik , bahasa atau budaya mereka . Cinta yang digalakkan membabitkan jiran , rakan sekerja , saudara mara dan bahkan orang yang tidak dikenali .


THANK YOU FOR READ MY STORY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...