Blogger Layouts
Welcome Myspace Comments

24 April 2013

♥ BENCI CINTA - BECINTA ♥

" Kalau tahu seksa begini , tidak aku bermain cinta " 
Assalamualaikum 
Holla Holla . sihat semuanya ? ada sakit-sakit tak ? ina harap korang semua sentiasa sihat and bagi yang tak berapa nak sihat tuu jangan lupa makan ubat tau , biar cepat sembuh and boleh buat rutin harian seperti biasa . ina kat sini Alhamdulillah , Allah masih member peluang kat ina untuk hidup dan untuk ina sentiasa update blog . Alhamdulillah !

Mesti korang pelik kenapa awal-awal pagi ina dah update . bagi ina , pagi petang siang malam sama jea bagi ina . bila-bila jea boleh update sebab kalau ina rasa nak update ina update jea . tak perlu pikir panjang dah . selalunya kalau pagi-pagi niy dah update lain tak bukan ada benda nak cerita lah niy . tak gembira sedih , tak sedih gembira . itu jelah kejenya , hehe .

“ Kalau tahu seksa begini , tidak aku bermain cinta “. Mesti korang tahu niy lirik lagu . memang pun niy lirik lagu and lirik lagu niy lah yang sentiasa keluar dari mulut ina sejak ina dapat tahu cinta ina ditolak secara terang lagi bersuluh . peritnya hanya Allah yang tahu . tapi bagi ina , buat apa ina nak bersedih sebab ina memang tahu ina bertepuk sebelah tangan selama niy . 

Ina niy degil tau , dah tahu memang ina bertepuk sebelah tangan masih lagi nak simpan hati pada dia . tengok , bila dapat tahu sendiri barulah rasa sakitnya . tapi bak kata hati ina , tak cuba tak tahu . lumra hiduplah kan kalau kita ada rasa kecewa . bila dah rasa kecewa barulah ada manisnya . setuju tak ? hehe

Ina tak sedih dah , tapi still air mata niy rasa nak mengalir . bagi korang kenapa yea air mata niy still mengalir ? adakah ina niy terlalu mengharap kasih daripada dia ? adakah ina niy menangis sebab kecewa ? adakah ina niy memang suka menangis ? hmmm , mesti korang pun tak tahu nak kata apa sebab orang tak tahu apa yang berada dalam hati ina saat niy kan . biarlah , sekejap jea niy sedihnya . lama-lama nanti okeylah tuu yea . korang doakan ina yea . biar ina sentiasa tabah bila berhadapan dengan dia . ina tak mahu tunjuk sangat yang ina kecewa dengan jawapan dia . biar happy di luar , hehe . 

TQ semua sebab sudi baca apa yang ina ceritakan . bukan nak mintak simpati kea pa . ina dah memang macam niy . suka luahkan kepada orang . tak kira siapa , asalkan dia sudi dengar . itu dah cukup baik . Alhamdulillah !


THANK YOU FOR READ MY STORY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...