Agak-agak kalau dia stalker blog aku niy . Dia marah tak aku duk cerita pasal dia ? Hmmmm . Haha , apa aku kisah . Bukan aku duk memburukkan dia pun . Saja je tulis apa yang aku rasa aku nak luahkan .
Ha , mesti korang pelikkan kenapa setiap kali aku update mesti lelaki yang berbeda ? yeaa kan kan ? hehehe . Jangan kata aku niy kaki lelaki pulak . Tak salahkan kalau kita nak berkawan dengan ramai orang . Termasuk lelaki . hee ~
Mamat niy namanya Jama'al Tul Husna Bin Kamarudin . Umur 21 tahun . Asal Gombak . Belajar di Politeknik Shah Alam ( PSA ) . Setakat tu jea aku tahu . Tu pun kalau tak salah lah . Kalau salah maaf yea Pak Cik Maal . Hahaha
Siapa dia dengan aku ? Nak tahu ? Hmmm , dia niy kawan yang aku kenal masa kami sesama join program Jom Jadi Usahawan ( JJU ) di UKM Bangi . Selama aku 4 hari di sana aku tak pernah perasan langsung kewujudan dia kat dalam program tu . Sungguh , aku tak pernah typuu . Tapi saat malam terakhir kami di sana aku mula perasan kewujudan dia dan rasa aku mula jatuh hati dengan senyuman dia . Aku tak tahu kenapa , tapi senyuman dia buat aku bahagia sangat .
Dengan sepantas kilat aku bagitahu Wafaa yang aku suka tengok dia . Wafaa dengan tak tahu malu pergi mintak no phone kat mamat niy . Bukan setakat no phone jea , sekali facebook dan twitter bagai dia bagi . Nampak tak yang dia bagi green light kat situ . Hahaha
Nak kata lebih pun tak boleh jugak . Aku takut aku jea yang syok sendiri . Aku jea yang lebih bercerita pasal dia . Padahal dia biasa-biasa jea . Tapi kalau dia pun ada rasa apa yang aku rasa saat kali pertama terpandang dia . Indahnya dunia . Tenangnya jiwa . Bahagianya rasa . Sukanya aku pada dia . heee ~
Follow @LOVEeyna93
No comments:
Post a Comment