Blogger Layouts
Welcome Myspace Comments

24 April 2013

♥ BISIK-BISIK GELORA ♥

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

NOVEL KE-3

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ BENCI CINTA - BECINTA ♥

" Kalau tahu seksa begini , tidak aku bermain cinta " 
Assalamualaikum 
Holla Holla . sihat semuanya ? ada sakit-sakit tak ? ina harap korang semua sentiasa sihat and bagi yang tak berapa nak sihat tuu jangan lupa makan ubat tau , biar cepat sembuh and boleh buat rutin harian seperti biasa . ina kat sini Alhamdulillah , Allah masih member peluang kat ina untuk hidup dan untuk ina sentiasa update blog . Alhamdulillah !

Mesti korang pelik kenapa awal-awal pagi ina dah update . bagi ina , pagi petang siang malam sama jea bagi ina . bila-bila jea boleh update sebab kalau ina rasa nak update ina update jea . tak perlu pikir panjang dah . selalunya kalau pagi-pagi niy dah update lain tak bukan ada benda nak cerita lah niy . tak gembira sedih , tak sedih gembira . itu jelah kejenya , hehe .

“ Kalau tahu seksa begini , tidak aku bermain cinta “. Mesti korang tahu niy lirik lagu . memang pun niy lirik lagu and lirik lagu niy lah yang sentiasa keluar dari mulut ina sejak ina dapat tahu cinta ina ditolak secara terang lagi bersuluh . peritnya hanya Allah yang tahu . tapi bagi ina , buat apa ina nak bersedih sebab ina memang tahu ina bertepuk sebelah tangan selama niy . 

Ina niy degil tau , dah tahu memang ina bertepuk sebelah tangan masih lagi nak simpan hati pada dia . tengok , bila dapat tahu sendiri barulah rasa sakitnya . tapi bak kata hati ina , tak cuba tak tahu . lumra hiduplah kan kalau kita ada rasa kecewa . bila dah rasa kecewa barulah ada manisnya . setuju tak ? hehe

Ina tak sedih dah , tapi still air mata niy rasa nak mengalir . bagi korang kenapa yea air mata niy still mengalir ? adakah ina niy terlalu mengharap kasih daripada dia ? adakah ina niy menangis sebab kecewa ? adakah ina niy memang suka menangis ? hmmm , mesti korang pun tak tahu nak kata apa sebab orang tak tahu apa yang berada dalam hati ina saat niy kan . biarlah , sekejap jea niy sedihnya . lama-lama nanti okeylah tuu yea . korang doakan ina yea . biar ina sentiasa tabah bila berhadapan dengan dia . ina tak mahu tunjuk sangat yang ina kecewa dengan jawapan dia . biar happy di luar , hehe . 

TQ semua sebab sudi baca apa yang ina ceritakan . bukan nak mintak simpati kea pa . ina dah memang macam niy . suka luahkan kepada orang . tak kira siapa , asalkan dia sudi dengar . itu dah cukup baik . Alhamdulillah !


THANK YOU FOR READ MY STORY

23 April 2013

♥ SABARLAH WAHAI KAWAN ♥

" semua yang berlaku pasti ada hikmah "
Assalamualaikum .
Holla Holla , ingat lagi tak siapa kita ? alaa , anak Pakcik Razak tuu . alaa , yang tak berapa nak tomei sangat tuu , hehe . jangan kata tak ingat , ina mana hilang dah sekarang niy . masih ada and masih tetap update blog niy lagi tau .

Apa pandang-pandang ? ada hutang ? haha , kalau takda tuu mesti pandang ina sebab rinduu kan ina yea ? eh , maluu pulak bila ada orang rinduu kat ina . terima kasih yea sebab ina masih ada dalam hati korang semua . ina sebenarnya nak cerita pasal kawan baik ina masa ina buat praktikal niy . semenjak dua menjak niy banyak sangat masalah yang dia dapat . baru-baru niy katanya pasal orang-orang kata belakang pasal dia dengan boy dia . 

Entah apa yag membuat orang tak puas hati sangat dia dengan boy dia pun ina tak tahu lah . setahu ina , dia couple takda pun menyusahkan orang disekeliling dia pun . takda pulak dia menjaja cerita pasal korang pun . mereka buat hal mereka jea tapi kenapa masih ada yang nak bukak mulut pasal mereka . pelik betul lah . kesian ina tengok dia dok monyok jea masa datang kilang . tapi takpe lah , mungkin ada hikmah disebalik semua niy . 

ina harap mereka dapat selesaikan semua masalah niy dengan tenang dan tak bermasam muka yea . okey lah , jumpa lagi nanti . ina ada kerja yang nak buat . jangan lupa singgah lagi blog ina yea . love you .

THANK YOU FOR READ MY STORY

22 April 2013

♥ PUJUKLAH RASA ♥

" La tahzan innallaha ma'ana "
Yakinlah kita bahawa manusia ini sangat beruntung kerana dikurniakan dengan perasaan di hati. Inilah yang menjadi pengukur utama jauh atau dekatnya tujuan gerak kita dengan ‘aliran keberkatan’ Ilahi.
Ingatlah, walau dalam bentuk apapun esuk kita, sama ada ditakuti, ditunggui, diraikan dan dibiarkan, esuk akan tetap akan menemui kita. Tidak boleh dipercepat atau diperlahankan mengikut mahunya kita.
Mungkin kematian menjamah dahulu, tetapi berusahalah agar kita dijemput dalam keadaan bersedia, suci dan menyebut nama-NYA yang Maha Agung Asmaulhusna.

THANK YOU FOR READ MY STORY

20 April 2013

♥ IMPIAN DAN HARAPAN ♥

Assalamualaikum ,
Holla Holla , apa khabar semua ? harap-harap sihat yea . ina hanya mampu berdoa supaya korang semua dalam keadaan sihat . nak buat yang selebihnya ina rasa tak mampu kot . terima kasih kepada yang sudi melawat blog ina yang tak seberapa okey sangat niy . sebenarnya , selain daripada hobi ina suka membaca novel and layan drama korea , ina suka jugak berblogger niy . selalunya apa yang ina rasa nak tulis or nak luahkan ina luahkan kat sini jea . walaupun blog niy tak bersuara sekurang-lkurangnya ina rasa puas bila dapat kongsi apa yang ina rasa melalui bloh niy .

Alhamdulillah , selama ina menjalani latihan industri niy ina sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun kadang-kadang hati niy rasa tak berapa nak gembira or bahagia . ina rasa begitu bukan sebab ina ada masalah dengan family . family ina setakat niy alhamdulillah mereka sangat-sangat sayang pada ina walaupun ina niy kekadang nakal jugak , hehe . mudah-mudahan kebahagiaan keluarga ina niy selamanya tak kira didunia or diakhirat .

bercakap pasal hati dan perasaan niy . ina sebenarnya tengah mencuba untuk membeli jiwa seseoarang lelaki yang ina rasa sangat-sangat baik . tapi entah kenapa saya rasa dia cuba mengelak dari saya . mungkin dia tahu saya suka dia . ada orang kata dia " takut " and " tersangat malu " dengan perempuan . Ya Allah , kenapa masih ada lelaki begitu di atas dunia niy . kenapa setiap kali aku suka kat seseorang pasti ada dugaan yang maha hebat niy . mungkin Allah nak menduga supaya aku lebih menghargai seseorang .

sesungguhnya , setiap dugaan yang Allah beri , Dia tidak akan memberi melebihi kemampuan kita untuk selesaikannya . semoga , dia yang aku inginkan menjadi imamku suatu hari nanti . mohon semua sahabatku mendoakan kebahagiaan aku dunia dan akhirat . aminnn !

THANK YOU FOR READ MY STORY

19 April 2013

♥ JDT vs PAHANG ♥

" Tok Gajah "
Perlawanan Liga Super 2013
Johor Darul Takzim FC vs Pahang
Jumaat, 19/4/2013
8.45 pm
Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru
Siaran langsung di Astro Arena Saluran 801

Hogoh Pahang Hogoh !!
Hogoh Sampei deme reboh !!


THANK YOU FOR READ MY STORY

18 April 2013

♥ UKHUWAH ♥

 " salam ukhuwah salam semuanya "
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja. Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu .

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ KATA-KATA MUTIARA BUAT SAHABAT ♥

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "
Kata Kata Mutiara Buat Sahabat
Sayangilah satu sahabat sejatimu kerana sesungguhnya satu sahabat sejati sangat bererti dibandingkan seribu teman pengkhianat .
Sahabat adalah seseorang yang akan memikul beban kesedihan jika kita sedih dan akan menangis jika kita menangis, tetapi teman hanya akan menemani kita saat bahagia saja. Jadi pilihlah teman sejati iaitu sahabat .
Aku memiliki satu sahabat yang bukan berada disampingku tetapi berada dihatiku, jikalau aku susah aku akan memanggil lubuk hatiku tersebut, kerana disitulah kau berada sahabatku.
Mengapa kau tersenyum? apakah kau bahagia? lalu mengapa kau menangis? apakah kau sedih? pertanyaan itulah yang selalu ada dalam benakku jika sahabatku terdiam dan hanya memberikan senyum simpul dibibirnya atau bahkan hanya tertundukk kerana bersedih.
Tidak ada yang pernah luput dari kesalahan wahai sahabatku. Hari ini kamu telah menyakitiku, tetapi mungkin suatu hari aku yang akan menyakitimu. Dengar ya sahabatku, aku akan memaafkan kesalahanmu sebelum kamu meminta maaf. Semoga kamu juga membukakan maafmu jika aku bersalah telah menyakitimu.

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ ADAKAH INI YANG ANDA MAHU ? ♥

" mengenalimu satu keindahan , meninggalkanmu satu kebodohan "
TENTANG LELAKI YANG ANDA PERLU TAHU !
susah untuk difahami tapi senang memahami ,
susah untuk mencintai tapi mudah menyayangi ,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur ,
susah untuk setia tapi mudah bertahan ,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh .

5 PERKARA WANITA MAHU DARI LELAKI !
masa untuk bersama , 
telinga untuk mendengar ,
mulut untuk berbual mesra ,
hati untuk merasa cinta dan  ,
kejantanan untuk menjaganya .

" YOU HAVE ALL THIS , YOU'LL GET THE GIRL "


THANK YOU FOR READ MY STORY

17 April 2013

♥ KEJORA DI LANGIT CINTA ♥

“Ya Allah ... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang”
Nur Faradila bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

NOVEL KEDUA (2)

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ DIA TAK TANYA ♥

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”
ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah ‘try and error’. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

NOVEL PERTAMA (1)

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ CURI HATI ♥

" dari mata turun ke hati . dari hati timbul perasaan kasih "
Kata orang, ikutkan hati mati.
Nak buat keputusan kadang-kadang perlu dengar kata hati.
Naluri hati ibu kuat kepada anak-anaknya.

Ini semua soal hati.
Kadang hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
Semalam ini, esuk mungkin boleh jadi itu.
Hati, nafsu, iman semua berkait.

Dengan hati juga kita menyayangi dan juga disayangi.
Sayang orang sepenuh hati, sayangnya sampai mati.
Tapi hati-hati kerana perangkap diri.
Kerana hati makan hati.
Sayanglah Pencipta hati kerana itu lebih bererti. 

Allah yang membolak-balikkan hati.
Berdoa agar kita tidak tergolong dalam hati yang dipalingkan daripada agama.
Nauzubillah ...
Hati ini mudah benar berubah.
Kuatkan hati dengan banyakkan berdoa.
Kuatkan hati dengan banyak menyebut namaNya
Kuatkan hati agar semua kata hati benar.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kerana Pencipta hati itu menyampaikan sesuatu dengan menggerakkan hati. 

HATI BERKATA BAHAWA DIA YANG AKU MAHU

THANK YOU FOR READ MY STORY

16 April 2013

♥ STADIUM TEMERLOH ♥

" kalau ada kesempatan kami akan pergi tengok game bola "
 
Assalamualaikum ,
holla holla , macam dah lama sangatkan aku tinggalkan blog nie . dah berabuk sangat dah benda-benda dalam nie . entah kenapa sekian lama meghilang kini aku kembali semula . bukan apa tau , aku ingat duluu aku dah lupaa password blog nie . bila dah try tadi boleh pulak bukak . apa lagi , teruslah aku nak post . sayang tau dah cantik-cantik hias nak tinggalkan . jangan risau , sekarang nie blog ini bernyawa semula . sekarang admin dia dah muncul semula . hope apa yang aku coretkan kat dalam nie menghiburkan korang semua .

kali niy , aku nak bercerita pasal aku dengan adik-adik aku rajin pergi stadium temerloh tengok Pahang or Shahzan Muda FC lawan sama ada perlawanan persahabatan or apa-apa piala sekalipun . selain minat aku tengok drama korea and baca novel , aku jugak minat tengok bola tau . aku nie KAKI BOLA kalau korang nak tahu . jarang sekali perempuan minat bola niy tambah-tambah lagi kalau nak pergi tengok sendiri kat stadium . tapi kalau aku , aku pergi terjah jea . hujan tak hujan , ada aku kisah . janji hati aku puas . janji tak menyusahkan orang lain . itu sudah baik .

btw , tengok bola niy kengkadang bola sakit jantung dan boleh stress pun ada jugak . kene banyak bersabar lah kalau team yang kita minatt tuu kalah . kata peminat setia , kene lah terima apa saja keputusan yang mendatang . kalah menang adat permainan . okeylah , nanti kalau ada pape yang menggumbirakan hati or yang menyedihkan . nak jugak aku berkongsi dengan korang semua . take care , love you all  .


THANK YOU FOR READ MY STORY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...