Blogger Layouts
Welcome Myspace Comments

31 December 2011

♥ MAHARAJA LAWAK MEGA ♥

" juara Maharaja Lawak Mega ialah Osbon " 
Semalam aku sempat tengok persembahan mereka yang ke-2 jeh . Persembahan mereka yang pertama BEBAS dan yang kedua pulak Teater Muzikal . Macam tuh lah rasanya . Tapi apa pun hati aku memang terhibur tengok persembahan Shehu , Boiboi dan Osbon . Memang terbaik lah semasa mereka masuk atas pentas tuh . Kelakar tahap maximum lah tuh kan .. Hehehe 

Btw , selain persembahan perserta yang menarik ada jugak dua orang manusia nie bila mula jeh bercakap mesti orang akan ketawa . Dengan mimik muka yang selamba . Percakapan yang spontan . Memang Selesa lah tengok persembahan mereka walaupun hanya artis jemputan yang memeriahkan majlis saja . Tak lain tak bukan mestilah JOZAN . Mereka akan mengacarakan program RajaLawak6 yang akan bermula 13hb January 2012 . Jangan lepaskan peluang menyaksikan siapa yang terpilih okey . Saksikannya di Astro Warna . Peach yooo ... hehehehe ;-)

JOZAN MEMANG DILAHAIRKAN SEBAGAI PELAWAK 


THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ SG. BESAR ♥

" ayuh sungai besar ayuh maju , semangatmu merestui hubunganku "
Bila aku jatuh cinta , kan ku sebut namamu . Haha , nak berjiwang lak aku nie . Saja nak menggedik . Tak semegah betul . Tapi tak da kaitan dengan si kekasih tapi nie berkaitan dengan akak serumahku . Nak tahu , semalam kami tinggal berlima jeh kat rumah . Yang lagi 3 orang tuh dah balik Seremban . 

Kami buat cadangan last minute nak keluar pergi Sg. Besar . Ye lah kan , kakak2 rumah aku dah jari Jutawan . Duit PT dah masuk kan . Masing2 nak berbelanja lah . Ada yang belik Phone . Ada yang beli barang2 keperluan . Tapi aku ikut jeh . Saja jeh nak berjalan dengan mereka . Tapi last2 aku lepak dengan pakwe aku jugak . 

Lagipun aku tak da benda yang nak di beli kan . So , alang2 dia ada kat sana aku lepak jeh la dengan dia . Yang akak2 tuh pergi beli barang yang mereka nak beli . Aku malas nak beli barang sebab dah beli minggu lepas . Kang lari bajek lak . Susah nak cari makan lak nanti . Tapi apa - apa pun aku happy sebab mereka pun happy . Tak segan tak silu . Semua sporting semalam ;-)

AKU SUKA DENGAN AKAK SENIOR UMAH SEWA AKU 


THANK YOU FOR READ MY STORY

30 December 2011

♥ NABILA QISTINA ♥

" si budak kecik nie nakal tau , kene kan aku " 
Nakal tau budak nie nak kene kan aku . Dia guna sepupu dia suh kene kan aku . Mula - mula dapat mesej dari sepupu dia yang konon Dr.Kyra . Sepupu dia kata si budak kecik nie pengsan dan di masukkan kat klinik . Start situ lah aku macam nak percaya tak . Kalau percaya nanti aku kene tipu lak . So , aku ugut sepupu dia . Kononnya nak kene kan aku tapi last - last dia yang terkena . 

Adik aku nie terkena sampai menangis tau . Dia ingat aku tak nak maafkan dia dah . Padahal tak terlintas kat fikiran aku pun nak cakap macam tuh . Cuma nak uji dia jeh . Sampai dia call aku , aku tak anglat pun . Bila dia mintak sangat aku angkat , dia menangis sambil mintak maaf . Kesian pulak aku dengarnya . Tak sangka pulak dia sedih sampai macam tuh sekali .

Btw , kepada adik kesayangan ku Nabila Qistina . Jangan sedih sedih tau . Akak tak terasa and marah adik pun . Saja jeh buat macam tuh . Tak sangka hati adik akak nie lembut jugak kan . Tapi jangan ingat akak mudah terpedaya tau . Tapi nampaknya adik akak nie ha yang trauma pulak . Hehehe :-)

SAYANG ADIK BELLA SANGAT 


THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ PTPTN ♥

" orang kaya PTPTN , masyuk !!! "
Best giler budak IPT yang buat pinjaman PTPTN , duitnya sudah masuk ke dalam akaun sendiri lak tuh . Beruntungnya mereka boleh berbelanja sakan hari nie . Semua pergi kelas dengan hati yang riang . Tak macam aku . Buat pinjaman tapi duit semua aku tak pegang . Sedih tau tak boleh nak berbelanja lebih . Tapi apa - apa pun aku boleh lah nak menyibuk dengan budak yang dapat PTPTN . Nak suh mereka belanja aku . Best tuh . Hahahaa :)

ORANG KAYA PTPTN DI IPT 


THANK YOU FOR READ MY STORY

29 December 2011

♥ CLASS BATAL ♥

" 3jam masa kelas pagi nie batal " 
Sempoi !! hehe , seronok giler sebab class 3jam pagi nie batal . Berterima kasih aku kepas En . Khairi Saad sebab dia tiada hari nie . Katanya dia tak masuk office . So , class dia pun dia tak masuk lah kan . Tuh aku gembira sangat . Dapat lah aku online lama - lama sikit . Jangan jeles ye budak yang lain . Hahaha

Tengah hari nie kelas sejam jeh . Tuh pun kelas Mathematics 2 dan pukul 2 pulak setengah jam jeh . So , hari nie memang releks giler lah kan . Suka suka . Esuk pulak kelas memang tak da . Hari jumaat hanya ada class moral and aku tak ambil moral so tak da class lah . Boleh tidur lama sikit esuk kan . Suka nya . Tapi suka sekarang tak bermakna selamanya kan . Btw , apa - apa pun biar sempoi :)

SELAMAT BERISTIREHAT SEMUA 


THANK YOU FOR READ MY STORY

28 December 2011

♥ RUMAH SEWA ♥

" duduk bersama kakak senior " 
Nasib aku sem 2 nie aku tak dapat dudul hostel . Terpaksa menyewa rumah . Jauh tak jauh sangat tapi kalau nak pergi kelas tuh kene naik Prebet jugak lah . Tak mahal pun naik dengan prebet . Duduk luar nie banyak jugak cabarannya . Nak kene bangun awal - awal pagi pulak tuh . Pukul 7.30 dah kene pergi class. Memang seksa jugak lah kan . Tapi nak buat macam mana . Dah ini dugaannya .

Tapi duduk luar pun best jugak . Tambah - tambah sekali dapat duduk dengan akak yang sekepala dengan aku . Memang rumah sewa tuh kecoh lah kan . Aku happy duduk dengan mereka . Nama kakak - kakak aku tuh Kak Adda , Kak Aida , Kak Ayu , Kak Aju , Kak May , Kak Sal dan Kak Nurul . Mereka sangat - sangat sporting dan baik .

TAK MENYESAL DUDUK RUMAH SEWA DENGAN MEREKA 


THANK YOU FOR READ MY STORY

26 December 2011

♥ BLOG SAYA CANTIK ♥

" bekerja keras sampai tak tidur nak cantikkan blog " 
Ada korang buat kerja giler macam aku . Tak tidur semalaman sebab nak upgrade blog yang dah sedia ada cantik nie ... hahaha , perasan sudah minah nie . Tapikan bukan pertama kali aku buat macam nie . Masa sem 1 dulu pun selalu jugak buat masa free dan cutikan . Dah mood datang tiba - tiba , apa salahnya buatkan . Bukan buat benda yang tak eluk pun .

Nak tahu sebab apa mood tuh tiba - tiba datang ? Sebab tak tahu lah . Hahaha , entah apa yang hasut akuu tah semalam tiba - tiba nak cantikkan blog . Eluk - eluk lagi Yang Terindah by Dakmie aku tukar lagu Patah Seribu by Shilalas . Sedap owww lagu tuh . Rugi kalau aku tak amik kesempatan . Kalau ada mood lagi aku nak cantik kan lagi lah . Sekarang nak lawat blog Lyssa Faizureen . Blog tuh dapat membantu mencantikkan lagi blog aku . Tak sabar rasanya . Okey lah , nanti kome create lagi story ye . Byee :-)

CANTIK DAH BLOG AKU 

THANK YOU FOR READ MY STORY

25 December 2011

♥ HAPPY BIRTHDAY ♥

" selamat hari lahir kepada sueazmiera , hope dirahmati Allah "
Birthday sue sebenarnya esuk 26/12/2011 tapi kami sambut awal sikit . Kami sambut hari nie . Saja nak sambut awal . Nie kami keluar pergi Tanjung Karang jeh tuh pun penat giler . Macam mana lah kalau kami pergi Kuala Selangor . Agaknya tak bangun - bangun dah sebab kepenatan . Haha 

Tapi apa pun kami enjoy sangat dapat keluar bersama dah dapat beli kek nie . Kek ais krim tapi masalahnya aku tak sempat nak makan . Kalau aku awal sikit tadi mesti aku dapat rasa . Mungkin bukan rezeki aku kot . Btw , aku tetap happy sebab mereka pun happy .

SELAMAT HARI LAHIR SUEAZMIERA


THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ HANGOUT WITH BFF ♥

" jumpa adik Bella dan bershoping di tanjung karang "
Seharian aku dengan kengkawan aku pergi berjalan - jalan . Bukan nak habiskan duit cuma nak berseronok saja . Penat giler beb keluar tadi sampai nak berjalan pun dah tak larat . Tapi sebelum start bershoping tuh aku pergi jumpa adik angkat aku dulu , pergi makan dulu dengan dia kat KFC .. 

Pertama kali aku jumpa dengan dia . Namanya Nabila Qistina . Orangnya simple but complicated tau . Dia comei sangat . Kami kenal dalam Twitter dan terus dengan mesej . Tiap hari kami akan mesej walaupun sekejup . Aku seronok melayan kerenah dia . Walaupun agak selambar tapi dia tetap menjaga hati aku . So sweet .

Aku keluar dengan Nanad , Sue dan Yaya . Seronok dapat keluar dengan mereka semua . Giler - giler tau mereka nie . Aku kenal mereka dari sem1 dan rapat sampai sekarang . Kami rapat sangat dan boleh kongsi segalanya dengan mereka . I like . Tadi kami keluar beli barang masing - masing . Aku beli baju , tudung dan yang lain - lain .

NANTI NAK KELUAR DENGAN MEREKA LAGI 

THANK YOU FOR READ MY STORY

24 December 2011

♥ DILARANG MASUK ♥

" tengok sekali lagi bersama kawan - kawan " 
Dilarang masuk sebuah cerita seram yang menceritakan misteri sebuah banglo lama yang tinggi di atas bukit . Cerita nie best dan sudah 3 kali aku melihatnya . Pertama kali melihat agak seram tapi bila dah banyak kali tengok jadi biasa saja . Tapi cerita tuh tetap best . 

Nak tahu mcm mana reaksi kawan - kawan aku nanti , malam ini aku ceritakan . Sambung malam nie pulak ceritanya okey ...


Sambungannya , seronok tengok ramai - ramai . Mereka ada yang tengok mata tutup sebelah lah . Macam - macam gayanya tau . Btw , hari esuk pun aku nak tengok citr lagi . Tunggu dan lihat saja ye apa yang akan aku update .


NAK TENGOK FILEM OMBAK RINDU 


THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ AKU BUKAN TOMBOY ♥

" bersama - sama menonton filem itu "
Pertama kali aku menonton filem itu . Sebelum ini tak berkesempatan lagi nak menontonnya . Agak kelakar dan menyeronokkan . Lakonan Scha sangat menarik . Perwatakan Shamsul Yusof sebagai lelaki yang slow jugak menjadi dan ianya seperti betul . 

Tetapi aku agak geli sebab perempuan yang sepatutnya jadi perempuan berubah watak menjadi seorang lelaki dan ingin menggoda perempuan . Aku agak tidak menggemari situasi itu sebab ianya menggelikan bagi aku walaupun banyak pengajaran dan gaya orang muda zaman sekarang . 

Walau bagaimana pun , filem tuh sangat best dan sesuai dengan zaman sekarang yang mcm sudah terbalik . Perempuan jadi lelaki yang lelaki jadi perempuan . Kalau di lihat agak kelakar jugak lah kalau lelaki perebah jadi perempuan sebab mereka nak wujudkan benda yang tak da kat badan mereka tuh biar ada .

FILEM APA SELEPAS INI YE ?

THANK YOU FOR READ MY STORY

23 December 2011

♥ SHA AND BELLA ♥

" patah seribu cover by sha and bella "
Video ini dibuat oleh adik twitterku . Khas untuk Shila Amzah .

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ MASUK TANPA KEBENARAN ♥

" jangan marah ye cik warden , saya masuk tanpa kebenaran "
Giler tak giler , kau ada berani macam aku ? Haha ... Pertama kali aku buat keje jahat mcm nie tau . Alaa , bukan salah sangat pun . Aku bukannnya pergi merompak ke apa . Cuma nak lepak dengan kawan - kawan aku jeh . Bosan lah duduk rumah sewa . Tak da benda yang menarik . Kalau duduk kat asrama sekurang - kurangnya dapat jugak online dan berblogging kan . 

Kalau ada yang kenal aku tuh yang tak puas hati kenapa aku masuk curi - curi maaf lah yee .. Tak payah lah korang nak masuk campur urusan aku . Aku bukan nak cari pasal dengan korang . Selagi aku tak kacau korang jangan lah korang nak masuk campur urusan aku yee . Aku cara aku , kau cara kau k . So , senyup sudah .

Pape pun aku nak bagitau aku cuti sampai hari isnin nie . Seronok mana , kau ada ? Tak da kan . So , sebelum bermulanya sesi pembelajaran , kita enjoy duluu . Kali nie aku nak buat yang lebih baik . Nak pointer tuh lebih tinggi dari semester 1 nie . 

SEMOGA BERJAYA CIK EYNAA 

THANK YOU FOR READ MY STORY

22 December 2011

♥ MUNCUL KEMBALI ♥

" lama menghilang kini muncul semula "
Rindu bertandang di dalam hatiku ini . Sekian lama aku tidak melawat BLOG kesayangan aku ini . Bukan kerana sibuk tetapi kerana mood nak bercerita hilang secara tiba - tiba . Kini mood itu sudah kembali . Aku berharap aku dapat mengupdate setiap hari . Biar semua tahu perkembangan aku setiap masa . 

Banyak benda yang aku nak share bersama u all . Tapi tak mungkim kesemuanya sebab panjang sangat lah . Sepanjang sebulan aku bercuti . Bermacam - macam perkar adi luar jangkaan aku nie . Semua nya aku telan hidup - hidup . Nak dikongsi kepada siapa ? Kepada BFF aku ? Aku malu . Itu sebab aku pendamkan saja dalam hati . Biar lah ianya memakan diri agar selagi ianya tidak merosakkan diri aku sendiri . 

22 / 12 / 2011 , aku daftar subjek . Harinya esuk . Aku tidak sabar nak berjumpa dengan sahabat aku . Walau aku gembira kerana nak jumpa dengan mereka kembali tetapi kerisauan tetap menjalar dalam diri aku ini . Mana tak nya , terpaksa duduk rumah sewa . Tak jauh mana pun tapi nak datang poli tuh yang susahnya . Tapi apa - apa pun aku harap dapat laluinya sendiri dan dengan tenang . 

RINDU DENGAN SEMUA 

THANK YOU FOR READ MY STORY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...