Blogger Layouts
Welcome Myspace Comments

31 October 2011

♥ MALU ♥

" aku mintak couple dengan ex boy aku "
Tak pernah di buat orang , perempuan mintak couple dengan lelaki . Tapi bagi aku itu bukan pertama kali berlaku ke atas diriku . Tak lebih tiga kali dan tak kurang tiga kali , haha . Tapi yang kali nie bila aku cakap dengan ex boy aku " du , shiro dengan iqbal dah couple semua ... kita macam mana lak ? " korang nak tahu dia jawab apa ? " kita kawan jela ok , mcm mana ? " aku pun balas lhaa . " eynaa tak kisah pun , just joking sajaa lhaa " haha .

Walaupun dah biasa buat macam tuh tapi kali nie aku terasa malu sendiri pulak . Beb ! mana taknya , nak bergurau pun bertempat lha and tengok motif lha . Nie tidak , kau suka - suka hati jeh nak malukan diri sendiri kan . Tengok ! dah merah muka aku nie . Gelak sengsorang pulak uh bila dah malu . Hampeh toi lhaa .  Btw , aku tetap tidak akan coulpe sampai aku habis belajar . Itu azam aku dan aku akan pastikan ianya terlaksana . Dan aku akan pastikan tiada halangan yang mendatang . 

AKU SINGLE SELAMA 3 TAHUN 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ TIKET BAS ♥

" bas bas , alamatnya tak balik lha aku raya haji nie "
Apa nak jadi , bas politeknik balik ke Pahang tak boleh jalan . Nak tahu sebab apa ? Sebab tak ramai yang nak balik naik bas poli . Nak tahu sebab apa tak ramai yang naik ?
  1. Ramai dah dapat balik awal 
  2. Harga tiket mahal 
Ha ! sebab itu lha bas poli tak laku time semua nak balik Pahang . Teruk - teruk . Tapi yang jadi mangsanya aku  ? Aku yang tak tahu nak balik naik apa . Aku kene tunggu keputusan my Love Daddy duluu . Kalau dia kata A so aku kene ikut A , kalau dia kata B so aku kene ikut B . Apa yang berlaku nanti , aku terima sajaa tapi aku tetap nak balik jugak . Nak balik Pahang jugak . 

HARAP - HARAP AKU DAPAT BALIK 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ KAWAN ♥

" apa boleh buat kalau dah ada orang tak suka berkawan dengan kita "
Kawan ?
Apa makna kawan sebenarnya erk ? Mesti macam - macam maksud yang korang akan berikan . Betul tak ? Tapi bagi aku , kawan adalah mereka yang sanggup berkongsi susah dan senang dengan kita . Bukan hanya time kita senang saja mereka kawan dengan kita . Habis tuh bila kita susah nanti mereka tinggalkan kita macam tuh saja . Biarkan kita terkontang kanting . Itu bukan kawan namanya . Lawan namanya tuh .

Mesti korang tertanya - tanyakan kenapa tiba - tiba aku nak tulis pasal kawan nie . Apa yang aku alami sekarang nie memang mengecewakan aku .  " ku sangka mendung sampai ke petang  rupanya hujan di tengah hari " , itu lah peribahasan yang boleh aku kaitkan dengan situasi aku sekarang nie . Aku tak sangka mereka sanggup pandang serong ke atas aku disebabkan aku nie tak sepandai mereka . Sedih betul aku rasa . 


Btw , aku tak kisah dah sekarang nie . Korang nak kawan dengan aku ke nak benci aku ke . Itu hak korang . Aku akan buat biasa sajaa . Bak kata kawan lelaki aku " kawan main - main jeh " haha . Kalau korang kawan  tapi tak ikhlas just kutuk belakang . Baik tak payah kawan macam tuhkan . Aku pun tak nak berkawan dengan orang yang " talam dua muka " nie .


KAWAN YANG BAIK ADALAH MEREKA YANG BERADA DI SISI KITA SEMASA KITA SENANG ATAUPUN SUSAH 

THANK YOU FOR READ MY STORY

30 October 2011

♥ SEDIH ♥

" aku perlukan kau sekarang nie wahai sahabat  "
Kenapa ada orang kata aku ego ? Betul ke aku nie ego tinggi ? Aku macam tak dapat terima kenyataan ada orang kata aku nie ego . Bukan salah aku kalau ego tinggi . Nie semua salah lelaki yang pernah buat aku sayang kat mereka . Sebab mereka lah aku jadi tawar hati nak terima lelaki walaupun sebaik mana pun . 

Dan sebab mereka jugak aku jadi suka mempermainkan perasaan lelaki . Berdosa ke aku ? Salah aku ke kalau aku  buat lelaki - lelaki yang berkawan dengan aku nie kecewa ? membuat mereka marah dengan perangai ego aku nie ? Aku cuma tak nak kene pijak kepala jeh . 

Hati aku nie bukan semudah dulu untuk menyayangi lelaki . Hati aku nie dah sekeras batu . Mana mungkin lelaki dapat melenturkan or mencairkan balik hati aku ini . Tetapi dalam hati aku ini , aku ingin didampingi , ingin dibelai , ingin di beri perhatian . Tapi kenapa susah sangat aku nak terima lelaki ?

AKU BERDOA AGAR , HATI INI DAPAT DILEMBUTKAN 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ TEWAS ♥

" Chealse dengan Terengganu tewas "
Mungkin tak da rezeki kot nak menang . Tapi apa - apa pun mereka main memang " THE BEST " lha kan . Walaupun aku tak dapat tengok , berdasarkan budak - budak twitter cerita , mereka mian memang bagus pun . Mungkin ada sebab - sebab tertentu yang membuat mereka kalah . Btw , kepada peminat Chealse danTerengganu , jangan bersedih tau . Banyak lagi masa untuk mereka menang . Bukan hanya satu game jeh . ( Nak sedapkan hati sendiri )

PETEH GANU PETEH , CHEALSE THE BLUE  

THANK YOU FOR READ MY STORY

29 October 2011

♥ GANU vs N9 ♥

" 29 / 10 / 2011 sabtu malam "
Hangat !!! Di facebook , twitter dan di mana sahaja . Hebat diperkatakan tentang perlawanan yang akan belaku pada sabtu 29 / 10 / 2011 . Perlawanan antara Terengganu dan Negeri Sembilan ini semestinya perlawanan yang sengit sekali . Mana taknya kan , setiap pasukan ada keistimewaan sendiri yang bakal ditonjolkan pada perlawanan akhir tuh nanti .

Semua rakyat Malaysia pasti berdebar menanti saat yang ditunggu - tunggu itu . Aku yakin pasti ada kejutan pada malam tuh . Kita tengok dan lihat sajaa nanti k . Btw , aku tak dapat nak tengok perlawanan tuh . Aku nak sangat tengok tapi kat sini mana ada TV . Kalau boleh tengok secara online aku pasti akan tonton . Mana boleh lepaskan peluang nie tau .

FINAL : TERENGGANU vs NEGERI SEMBILAN 


THANK YOU FOR READ MY STORY

28 October 2011

♥ KECEWA ♥

" kenapa aku tidak sepandai kawan - kawan aku , kenapa aku macam nie " 
Aku tak setanding korang . Markah korang semua bagus - bagus . Tapi kenapa markah aku tak bagus ? Adakah kerana salah aku ! Adakah aku yang malas untuk berusaha ! Adakah aku yang malas nak belajar dengan eluk ! Adakah kerana aku memang tak pandai !

Bukan pertama kali aku kecewa dengan apa yang aku usahakan , malah dah saban hari begini . Semakin hari semakin teruk prestasi aku . Semakin malas aku nak mentelaah buku . Semakin aku rasa aku nie tidak berguna di mata Ibubapaku . Aku rasa aku sudah hampir putus asa . Aku rasa macam aku hendak stop sampai sini saja . 

Dua minggu lagi aku akan menduduki " final exam " . Adakah aku mampu untuk buat yang terbaik selepas apa yang aku dapat nie tidak memberi aku semangat langsung . Aku tidak yakin pada diri aku sendiri . Aku tak tahu nak buat macam mana . Aku memerlukan seseorang untuk aku memberi semangat kepada aku . Patut ke aku meluahkan rasa hati ini kepada Dhuria ? Aku rasa hanya dia seorang yang faham aku . Please give me kekuatan untuk tabah . 

DOAKAN AKU DAPAT MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MASA DEPAN AKU 


THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ KASIH EMAK AYAH ♥

" puisi untuk emak dan ayah " 
Oh , emak !
Masih teringat lagi bebelanmu  
Ketika kau memarahiku 
Memukulku dan mencubitku, disebabkan kenakalanku
Sungguh ! kau lah guru pertamaku
Mengajarku untuk bersopan santun
Mengajarku untuk menjadi lebih baik
Dan mengajarku menjadi manusia yang berakhlak
Dan sungguh aku membencimu ketika itu
Namun , semua disebabkan kesilapanku
Kenakalanku , kerasnya kepalaku , dapat kau betulkan
Dan menjadikan aku manusia pada hari ini
Aku rindukan bebelanmu , ibu
Aku rindukan cubitanmu

Ayah !
Dapatku lihat setitik peluhmu jatuh
Ketika kau pulang setelah penat bekerja
Kulitmu menjadi gelap
Menggagahi keterikan mentari
Demi mencari sesuap nasi untuk keluarga yang kau cintai
Masihku ingat lagi ayah
Kau lah guru keduaku
Mengajarku bahasa inggeris dan mengajarku melukis
Juga mengajarku erti hidup
" yellow , red , purple apa itu ayah ? "
Dengan selamba kau menjawab soalan dan membelaiku
Memintaku belajar bersungguh-sungguh untuk diriku
Dan tidak pernah sedikit pun mengharapkan 
Duitku setelah aku berjaya kelak

emakku , ayahku !
Setiap malam aku merindui kamu
Melihat bintang dan bulan, bagai melihat kamu
" adinda , sediakan air untuk kekanda "
" baik kekanda "
Itu ungkapan manja yang seringku dengar dari kamu berdua
Tersenyum kawan-kawanku mendengarnya
Betapa romantiknya kamu berdua
Kesusahan dan kepayahan hidup
Kamu hadiahkan dengan senyuman
Bagaikan menyelesaikan semua masalah yang datang
Dan mendamaikan hati anak-anakmu
Kamu adalah permataku 
Yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit
Kamulah hartaku
Kamulah hidupku
Kan kamulah nyawaku

Andaiku sudah berjaya kelak
Kamu berdua tidak perlu bersusah payah lagi mencari nafkah
Duduklah di rumah menikmati secawan kopi
Dan anggaplah kamu berdua umpama pasangan yang baru berkenalan
Bagaikan hidup kamu ketika bercinta dahulu
Itu janji anak-anakmu
Dan tidak perlu memikirkan anak-anakmu
Kerana kami semua akan menjaga kamu
Sepertimana kamu menjaga kami
Bagai menatang minyak yang penuh

Emakku , ayahku !
Harapanku
Agar kau dapat melihat kejayaanku kelak
Dan yang paling ku harapkan
Jangan lah kamu pergi sebelum aku.....!

EMAK AYAH , KAK LONG RINDU SANGAT DENGAN KAMU BERDUA 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ LAB REPORT ♥

" esuk dah kene antar tiga lab report "
Hebatkan dalam masa satu hari kene hantar tiga lab report yang berbeza . Bukan nak kata aku hebat tetapi nak kata lecturer tuh hebat kerana mempunyai student yang rajin menyiapkan lab reportnya last minutes . Kau ada dapat lecturer macam tuh ? HAHA =))

Lab report yang kene hantar tuh lab report MEASUREMENT and ENGINEERING SCIENCE . Memang kelang - kabut lha kan nak buat last minutes but dengan semangat team work . Akhirnya , selesai jugak lha lab report tuh . Pembahagian tugas dijalankan dengan lancar dan sempurna lha sebuah lab report =))

SAYA SUKA BUAT KEJE LAST MINUTES 


THANK YOU FOR READ MY STORY

27 October 2011

♥ PENAT ♥

" penat search , tapi bila dah siap copy + paste tak jadi pulak "
4jam aku menghadap blogger aku nie , cadang nak lhaa letak button like ( facebook dengan twitter ) kat blogger aku nie . Bila dah dapat cari mula lhaa pulak tak keluar kat screen . Marah dan putus asa dah aku jadinya . Nak buat semula aku dah malas dah . 

Kepada sesiapa yang pandai , tolong lhaa ajar aku nie ha . Kebodohan teserlah . Harap jeh selalu search blog orang lain untuk tambahkan apa yang patut kat blog aku tapi haram !!! satu pun tak menjadi . Baik aku tidur dan cuba time aku ada mood nak geledah pulak . Kbai =))

SLEEP , TIDUR , SLEEP , TIDUR 


THANK YOU FOR READ MY STORY

26 October 2011

♥ CIK ADILA ♥

" sister terbaik , tertomei dan tersayang yang pernah aku kenal "
Mesti korang nak tahu kan siapa si cantik yang di atas nie . Ha ! dia nie kakak kesayangan aku . But bukan kakak kandung lah , tapi aku dah anggap dia macam kakak kandung aku sendiri sebab aku tak da kakak kan . So , kepada dia lah aku meluahkan rasa , menagih kasih sebagai seorang kakak .

Sayangnya kami berjauhan sekarang tetapi jauh tak semestinya kami tak berhubung . Kami selalu berhubung di laman sosial facebook . Aku melepaskan rindu yang selama bertahun - tahun kami berpisah . Bertapa bersyukurnya aku kerana dapat berjumpa dengan dia semula . 

Btw , ada satu benda yang membuatkan aku sentiasa ingat kat dia . You all nak tahu ? Aku terharu giler giler bila aku dapat hadiah daripada dia . Semasa tuh aku Tingkatan 4 . Dia bagi aku sehelai baju yang sebijik macam dia . Seriusly masa aku dapat baju tuh setitis air mata menitis . Aku tak sangka dia masih ingatkan aku   . Aku dapat bersamanya pun setahun jeh tuh pun masa aku Tingkatan 1 sebab aku duduk asrama dan dia pun duduk asrama . Kami ditakdirkan satu bilik . Banyak pekara pasal dia yang membuat aku tidak kekok untung berkawan .

KEPADA KAK DIELA , I MISS YOU SO MUCH 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ NOVEL ♥

" hati yang terusik by Nia Azalea "
Akhirnya , bejaya jugak aku habiskan sebuah novel nie . Bayangkan betapa lamanya aku ambil masa nak habiskan baca sebuah novel tuh . 2 minggu tuh . Selalunya seminggu aku dapat baca 2 buah novel . Tapi kali sebaliknya . Nasib baik habis dah . Kelakar betul lah .

Disebabkan kesibukan dengan class , aku tertangguh - tangguh baca novel tuh . Tapi sebelum aku masuk tidur aku akan pastikan aku baca sedikit . Tak banyak tak pe asalkan aku dapat habiskan cepat . Sebelum nie aku dah pernah baca dah novel tuh but aku terlupa macam mana jalan ceritanya , so supaya aku tak beratkan kepala otak aku untuk memikirkan jalan ceritanya , aku pun baca lah . 

Btw , bila cuti semester nanti . Aku nak habiskan masa aku dekat rumah dengan baca novel . Nak online aku rasa susah kot sebab kat rumah aku tak da internet . Kalau duit pinjaman tuh dah dapat mungkin aku akan beli broadband . Senang nak bawak pergi mana - mana . 

SIAPA YANG SUKA BACA NOVEL , BOLEH LAH KONGSI BERSAMA SAYA 


THANK YOU FOR READ MY STORY

25 October 2011

♥ FATIEN ELEENA ♥

" perkenalan yang singkat tetapi rasa macam dah kenal lama "
Cuba korang tengok betul - betul muka dia ? ha , bagi lelaki tuh jangan tenung lama - lama , nanti juling pulak kang . Mesti korang nak tahu kan siapa gerangan gadis yang sangat tomei nie . Nak kata dia keluarga terdekat aku tidak kan , korang pun tahu aku tak da kakak . Nak kata dia sepupu aku pun tak jugak . Apa ? korang kata dia kakak tiri aku ? amboii , kejamnya lhaa . Ayah aku kawin satu jeh k . 

Ha , nie nak mulakan pengelongkaran nie . Dia nie Fatien Eleena yang aku kenal daripada twitter . Apa istimewanya dia nie sampai aku nak tulis cerita pasal dia nie kat dalam blogger aku nie . 
  1. Dia nie cute gilerr beb !!!
  2. Pandai pulak tuh 
  3. Aku suka baca blogger dia . Semua yang dia update ceritanya sangat menarik perhatian untuk dibaca
HAHA ; kalau kakak tomei baca update nie , adik mintak maaf yee sebab promot akak dalam blogger adik . Terasa tak best pulak sebab tak berkongsi kegembiraan sebab dapat kenal dengan akak yang sebaik ini kepada semua . So , untuk mententeramkan jiwa yang kacau nie ( konon - konon nya lha ) , adik buat story khas untuk semua .

SAYA SAYANG FATIEN ELEENA 


THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ SELAMAT PAGI ♥

" kenapa lau kau blarr hari nie TUAN MOHD ALIFF HAIQAL "
Pagi - pagi kau dah blaarr , kenapa keh cik abg KETUA CLASS oii . Aku rasa kau dalam keadaan tidur lagi tuh . Sebab tuh dalam lab tadi kau blarr jeh . Aku pulak yang tensyen . Selalunya banyak mulut , tiba - tiba senyup sepi jeh group kita tadi . Nasib baik lha aku tak begitu . 

Hari nie hanya tiga class jeh but hanya dua class jeh yang lecturer ada . So , daripada aku tidur baik update cite yang tak seberapa nak best nie . Bosan punya pasal sampai cerita pun tak berapa nak syok . Lau nak story best punya tunggu esuk pulak ye . Mungkin ada idea nak mencoret sesuatu cerita . 

BOSAN , BOSAN , BOSAN !!!

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ HATI YANG TERDERA ♥

" kau tak macam dulu "
Kenapa aku rasa kau semakin jauh dari aku ? Kau semakin tidak memperdulikan aku sebagai kakak angkat kau . Sebelum nie adik tak macam nie kan . Pantang kalau akak online facebook , pasti adik akan chat akak . Tapi sekarang adik tak macam tuh . Akak rasa tersisih dari adik . Akak rasa adik dah tak sayang akak .

Kalau betul lha tanggapan akak nie dik , kenapa ianya berlaku kembali ? kenapa perlu adanya perpisahan ini . Terseksanya rasa macam nie . Akak tak mengharap benda macam nie berlaku kembali . Tapi ianya seperti akan berulang kembali . Ianya seperti merobek kembali hati yang dulunya bahagia .

SEKIRANYA PERPISAHAN TERJADI SEMUA , AKAK REDHA DENGAN KEHENDAKNYA 

THANK YOU FOR READ MY STORY

23 October 2011

♥ ƪ(•˘,˘)┐┌(˘,˘•)ʃ ♥

" hati teringin di sayangi dan menyayangi "
Hari nie hari ahad yang sangat membosankan . Aku tak tahu nak update apa . Tiba - tiba terpikir pasal kahwin . Syok jugak kalau bercerita pasal HATI dan PERASAAN nie kan . So , story mory aku pada hari nie ialah aku ingin disayangi dan menyayangi . 

Kalau dipikirkan balik , soal hati dan perasaan nie bukan lah benda yang boleh dibuat main . Hati kita nie kita kene jaganya macam kita jaga diri kita sendiri . Yelah kan , kalau tak di jaga dengan eluk sakit beb !!! 

Bercakap pasal hati yang sakit nie , dulu pernah terjadi jugak kat aku . Alaa , cinta monyet lha katakan , sayang pun tak seberapa but still sakit wooo bila cinta tuh tak kesampaian . Hanya tinggal memori cinta luka sajaa .. Cewahh , macam tajuk lagu sajaa . 

Btw , sekarang aku rasa susah nak terima lelaki walaupun ada yang baik giler terhadap aku . Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tuh . Aku teringin nak couple tapi bila aku dah couple aku akan rasa cepat bosan and diibaratkan aku nie hanya mempermainkan perasaan lelaki sajaa . Aku tak nak digelar PLAYGIRLS . Aku bukan jenis perempuan yang macam tuh tau .

AKU HANYA SELESA DENGAN SEORANG MAMAT NIE JEH , WALAUPUN DIA EX BOY AKU TAPI AKU SELALU KONGSI MASALAH AKU DENGAN DIA DAN KAMI RAPAT MACAM KAMI NIE COUPLE LAGI . AKU HARAP AKU ADA JODOH DENGAN SI MAMAT NIE 


THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ HATI YANG TERUSIK ♥

" cinta adalah jambatan pelangi yang mengusik dua hati nan jauh "

Lakaran  hidup  penuh dugaan 
Kebahagian dijamah  bak embun di daunan 
Seketika cuma , tidak tertahan 
Mungkin semuanya ketentuan TUHAN 
Siapa sangka  simpulan kasih terungkai
Cinta terlerai di puncak mahligai
Siapa menduga hati beralih arah
Sumpah setia hancur dan punah
Aku yang lemah akhirnya kecundang 
Di garisan belakang 
Mengertilah aku yang hidup ini
Tak seindah yang kita impikan
Yang pernah kau janjikan

Lagu rindu tidak akan padam
Alunan ingatan zaman - berzaman 
Dendangan irama cinta lamakan ?
Yang gemersik syahdu di telinga 
Bukan pintaku perpisahan terjadi
Bukan kehendakku hubungan ternoktah
Kau pergi tanpa secebis madah
Ngilu di hati kurawat sendiri
andai waktu menyatukan semula 
Harapan , impian dan cinta
Akan kubina kasih dulu
Biarlah dua hati kembali
Bertaup menjadi satu

DIAM BUKAN BERERTI SALAH , BUKAN JUGA BERERTI MENGALAH 


THANK YOU FOR READ MY STORY

22 October 2011

♥ NONNY MOCHIEE ♥

" hatiku tersentuh apabila adik angkatku meluahkan apa yang telah terbuku dalam hatinya sekian lama "
Sumpah , aku tak sangka pekara yang dah masuk muzium tuh akan terjadi balik . Kenapa mereka tak suka tengok adik aku nie hidup senang sikit . Apa yang dia buat semua tak eluk di mata korang . Kenapa kejam sangat korang nie ? Dah nak SPM weh !!! kenapa perlu bagi dia tekanan yang Maha Hebat nie . 

Korang ingat dia nie tak da hati dan perasaan ke ? Sanggup korang buat cerita yang bukan - bukan pasal dia . Cuba korang di tempat dia ? apa yang korang rasa . Nak dekat SPM nie korang pressurekan dia . Macam mana dia nak fokuskan belajar mcm tuh . Jangan lhaa sekejam itu korang menghukum dia . 

SELAGI BENDA TUH BUKAN SALAH ADIK , JANGAN CEPAT MENGALAH 
MULUT MANUSIA NIE BUKAN DAPAT KITA TUTUP 
AKAK TETAP PERCAYA KAT ADIK WALAUPUN BUDAK - BUDAK NIE CAKAP YANG BUKAN - BUKAN PASAL ADIK , IM HERE WITH YOU DEAR . DONT WORRY !!!

THANK YOU FOR READ MY STORY

21 October 2011

♥ AKU BUKAN AKU ♥

" hari ini lebih baik dari hari semalam"
Semalam aku sedih sangat tau , aku mengharapkan satu benda nie aku dapat . Tapi sebaliknya yang terjadi . Perkara tuh membuatkan aku sedih dan aku menangis . Aku nie tak boleh kalau terasa sikit mesti aku rasa nak menangis . Apa boleh buat hati lembut lha katakan =))

Aku nak lupakan pasal semalam dan nak bukak cerita pasal hari nie . Hari nie agak menguntungkan lhaa sebab class tak membosankan sangat . Science pagi tadi hanya theory test saja . Masa tuh tak lha terasa lambat sangat kan . Technology lak hanya belajar sejam jeh sebab Cik Lecturer kami ada meeting . Apa boleh kami buat , terpaksa terima lhaa ( haha , padahal bapak lha seronok gilerkan ).

Petang nie pulak aku dengan classmate girls aku pergi pantai yang serba indah tuh . Pantainya pun kat belakang Politeknik aku jeh . Nak pergi pun hanya jalan kaki jeh . Petang tadi cuaca agak baik lha , selalunya petang asyik hujan jeh . Tak dapat nak bergerak ke mana - mana . Petang nie rezeki kamu berjalan ramai - ramai nak hilangkan kebosanan tinggal di hostel . 

Kebanyakan budak hostel balik . Kami tak dapat balik sebab banyak keje yang nak di siapkan . Tapi aku dengar khabar , sabtu ahad nie elektrik tak da . Tak tahu lha sahih ke tak berita tergempar tuh . Harap - harap tak lhaa kan . Tak kan kami nak duduk dalam gelap kot . Peerrgghh !!! memamg tak lha kan . Siapa nak duduk gelap di tempat yang menyeramkan nie . 

SEMOGA HARI AKAN DATANG LAGI BAIK DARI HARI INI


THANK YOU FOR READ MY STORY

19 October 2011

♥ POLIBRIGADE ♥

" kami suka tangkap gambar satu class "
Dah lama aku tak updatekan ( padahal baru dua hari ) HAHA ; aku tak da cerita  nak share dua hari lepas , tuh yang tak update tuh . Skunk ada lhaa sikit benda yang nak di sharekan kepada semua . Minggu nie tempat aku belajar ada buat karnival pertanian selama 4 hari rasanya . Macam expo lha tapi tak besar pun buatnya . Just dalam kawasan Poli jeh . Macam menarik tapi aku tak g lagi . Tak da masa kot nak g sama lagi . Tengok lhaa esuk mcm mana . Kalau free aku nak jugak g tengok apa yang ada kat sana . Nampak mcm best jeh .

Tomeikan kami semua , haha . Kan aku dah cakap , aku pantang nampak camera . Kompem nak bergambar . Ini buktinya . Tapikan bila aku tengok balik gambar aku , nampak kurus lhaa . Suka sesangat . Tak da lhaa nampak sexy sangatkan . Kalau tak menyerlah keayuan aku , mesti ramai mata nakal yang memandang , tapi apa aku kisah . Aku tetap tutup aurat . hee ~

Btw , selama tiga hari nie aku sibuk dengan nak hantar assigment , dengan quiz , dengan test . Tapi walaupun busy tapi aku tetap ada masa nak berfacebook , bertwitter , berblogger dan berskype . Aku akan bukak semua tuh setiap hari walaupun hanya bukak sebentar saja . Lastly , aku happy dengan kehidupan aku skunk nie . Bebas dari lelaki dan boleh enjoy dengan kehidupan baru .

SELAGI AKU KUAT , AKU AKAN TERUSKAN USAHA SUPAYA DIPLOMA ADA DITANGAN AKU . AKU AKAN BUAT YANG TERBAIK 

THANK YOU FOR READ MY STORY

16 October 2011

♥ LUAHAN HATI ♥

" walaupun aku kata aku gembira bila tengok mereka gembira tapi dalam hati ini hanya TUHAN yang tahu apa yang aku rasa saat ini "
Semalam budak - budak PLKN ada festival dekat Bukit Jalil . Ramai wira wirawati kampeni BRAVO pergi . Mak ai , sedih siot rasa hati . Terkilan + kecewa nak mampus rasanya bila tak dapat pergi sebab banyak assigment yang kene di siapkan segera . Perrrhh , aku bukak FB member aku tengok gambar mereka kat Bukit Jalil tuh , menyusup dalam sanubari beb . Rindu sesangat dengan mereka semua tuh . 

Aku nak sangat jumpa mereka semua tuh . Mungkin bukan rezeki aku nak buat renion dengan mereka semua semalam . Beb , pedih rasa hati nie menahan sedih . Kenapa lhaa festival tuh buat semalam , buat lhaa lepas aku final exam nanti , boleh lhaa aku join gak . Btw , bila tengok muka mereka happy . Aku pun nak tumpang happy jugak lhaa . Walaupun dalam hati nie tak segembira luaran . 


AKU HARAP AKU DAPAT JUMPA DENGAN SEMUA BUDAK KOMPENI BRAVO NANTI 

THANK YOU FOR READ MY STORY

15 October 2011

♥ MAT LUTFI ♥

" bukan semua cantik subjektif " 


Video nie saja - saja mahu isi , tapi korang kene tengok sampai habis tau . Best video nie . Nama mamat dalam video nie " mat lutfi " . Dia hensem lhaa jugak sebab ramai peminat perempuan tergiler - giler ke dia termasuk aku . Tapi aku suka di bukan sebab dia hensem sebab dia pandai buat video sendiri and bagi orang ramai gelak dengan video dia . Kalau nak tahu lebih lanjut korang kene tengok sendiri lhaa kat google ke . Apa ke pasal dia sebab aku pun tak tahu sangat pasal biodata dia nie . 

 SELAMAT MENONTON VIDEO INI 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ I LOVE YOU MORE ♥

" syiera , dhuria , chanor , faraa , aynaa  and seangkatan dengannya "


Videao nie khas untuk semua sahabatku di SEKOLAH MAHMUD dulu ... Aku rindu kat korang sesangat tau . Bila kita boleh berjumpa semula ye ? Bila kita boleh bermesra macam dulu ? Aku nak sangat jumpa dengan korang . Nanti aku datang raub kita jumpa yee +__+


I LOVE , I MISS U ALL SEMUA

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ SAYA RINDU SAMA KAMU ♥

" mohd dhuria bin abdul syukor "
Tiba - tiba lak aku terasa rindu kat si mamat kat atas nie . Wahai si jejaka kenapa lha kau selalu buat aku rasa rindu kat kau . Tak boleh ke kau jangan bagi aku rasa rindu kat kau . Sedih tau bila hanya dapat mesej tapi tak dapat nak jumpa . Terseksa rasanya apabila rindu kat seseorang nie . 

SAYA RINDU AWAK SELALU 

THANK YOU FOR READ MY STORY

13 October 2011

♥ KENANGAN TERINDAH ♥

" kem PLKN benum hill resort , raub pahang "
Orang kata PLKN tak best . Tapi bagi aku PLKN lha paling best tau . Mungkin sebab aku nie suka aktiviti yang lasak and yang menguji kesabaran aku kot sebab tuh aku g . Aku memang dari sekolahlagi memang nak pergi dan bila dapat Alhamdulillah sesangat .  Btw , walaupun ianya dah lama berlalu tapi PLKN tetap dihatiku tetambah kengkawan aku masa at kem dulu . Mereka memang terbaik lhaa . 

Buat pengetahuan semua , aku masuk PLKN tak lama pun . Dalam sebulan jeh sebab aku dapat tawaran belajar , so aku kene lha tangguhkan agar aku dapat sambung belajar . Bila tanya pasal perasaan memang lhaa sedih tapi nak buat macam mana dah nasib badan . Kene lhaa redho jeh . Sampai sini jeh yang boleh saya kongsikan . Jumpa untuk story yang akan datang . See you all later k . Kbai .......

KALAU ADA COMMENT SILA TINGGALKAN DI BAWAH 

THANK YOU FOR READ MY STORY

12 October 2011

♥ GILER DAN TERUS GILER ♥

" lecturer dengan student sekepala , kau ada ? "
Perkara ajaib . En lecturer kami sekepala dengan kami kali nie . Dia join kami tangkap gambar sesama . Seronok giler tambah - tambah masing - masing pantang nampak kamera . Macam - macam laa posing mereka . Bukan aku saja yang terkrjut tetapi kengkawan aku yang lain pun terkejut jugak .


Korang nak tahu tak ? semasa kami tangkap gambar tuh , sebenarnya tengah buat quiz . HAHA ; giler kan bila pikir balik . Tapi itu lha realitinya budak kelas DTK1A nie . Dengan aku - aku sekali jadi giler bila nak bergambar . Aku suka tangkap gambar ramai - ramai , baru best . And aku pantang nampak kamera . Mesti nak bergambar . Wajib aku ada kalau budak - budak nie nak bergambar . hee ~


Kata En. Lecturer kami :
 " DAH NAK HABIS SEM KAN , SO APA SALAHNYA KITA TANGKAP GAMBAR 1 KELAS " 


terbaikk !!! 

THANK YOU FOR READ MY STORY

11 October 2011

♥ SAHABAT POLITEKNIK ♥

" bukan senang nak dapat kawan yang giler macam mereka nie "
Mengapa aku ditakdirkan untuk mengenal mereka . Mengapa aku diberi kesempatan untuk menyayangi mereka . Mereka banyak merubah aku menjadi sesuatu yang baru . Bila aku bersama mereka aku bukan diri aku . Aku jadi lupa akan kawan - kawan lama . Tetapi mereka tak sebaik kawan lama aku yang care terhadap aku . Tapi aku bersyukur kerana mereka masih mahu menjadi kawan aku .

Bukan senang nak dapat kawan yang sekepala dengan kita . Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan dengan orang baru . Dan bukan susah untuk menyayangi mereka sebagai kawan . Kami sama - sama berjauhan dengan family . Kami sama - sama merindui family kami . Kadang - kadang aku meluahkan rasa rindu aku dekat kawan - kawan aku . Mereka mendengar dengan baik sekali . Aku suka !!!

Tetapi disebalik kegembiraan aku mendapat kawan di sini , ada kala aku " makan hati " dengan perangai mereka . Aku tak boleh nak sellfish kat sini kerana aku berada di tempat orang . Aku terpaksa menjaga hati mereka agar mereka sentiasa ingin menjadi kawan aku walaupun kadang - kadang aku terkasar dan terlebih . 

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ KAU ADA MUKA CANTIK MACAM AKU ♥

" aku lagi cantik dari kau tau , berterima kasih lah kepada ALLAH kerana bagi aku muka yang cantik"
Muka saya memang tak dapat di nafikan lagi , memang sangat cantik ( perasan giler ) . Saya dulu cantik and sekarang saya lagi cantik . Begini lha kerja aku kalau dapat bergambar , nak jadi model tak LAYAK kot . So terpaksa lha aku tangkap gambar sendiri dan buat - buat lha macam model . HAHA ~

Orang kata saya nie agak CHUBBY tapi saya tetap nak kata saya nie KURUS . Saya nak jugak kurus tapi bila jumpa makanan , TEMPERATURE nafsu makan meningkat 50% jeh k . Tak lebih tak kurang . Aku tak suka orang cakap aku GEMUK , aku takut apa yang korang cakap kat aku tuh satu doa lak . Susah lha aku nak mengorat lelaki kalau aku GEMUK . Tak nakkkk !!!!

Aku suka berfesyen and aku suka cuba pakai pakaian or shawl or  perhiasan yang baru . Aku suka kelainan macam zaman skunk " ZAMAN DAH MODEN BEB " . Aku tak nak jadi kuno , tak tahu perkembangan fasyen sekarang . Tapi kalau aku bergaya sekali pun aku tetap menutup aurat tetap akan pakai TUDUNG walau apa pun yang berlaku kerana itu adalah HUKUM ISLAM . Aku kene ikut lha walaupun amalan aku tak sebaik yang ALLAH mahu kan tapi aku tetap akan menjaga MARUAH aku sebagai seorang WANITA MUSLIM .

" AKU TAK SEMPURNA , AKU TAK SEBAIK ORANG LAIN , AKU TAK SECANTIK ORANG LAIN , AKU TAK SEPANDAI ORANG LAIN dan AKU BANYAK KELEMAHAN YANG TERSERLAH tapi AKU TETAP CUBA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ORANG TERMASUK KEPADA ALLAH " 

THANK YOU FOR READ MY STORY

7 October 2011

♥ CINTA TAK KENAL SIAPA ♥

" lelaki hodoh pandai memikat "
Cinta itu manis , indah , mengasyikkan , menyenangkan dan penuh keceriaan . Istilah cinta itu buta pula menjadika semua yang dilamun perasaan itu tidak menghiraukan apa orang kata mengenai pasangannya . Wanita yang cantik juga dikatakan semakin jelik dengan sikap lelaki yang suka ambil mudah terhadap hubungan yang terjalin malah melihat hubungan hanya sekadar landasan untuk berseronok dan melepaskan keinginan diri sahaja .


Bagi jejaka yang melihat dirinya kacak , sila lihat disekeliling anda , rupa bukanlah penilaian utama yang dicari wanita cantik sebaliknya sikap dan kelakuan serta keperibadian dijadikan ukuran . Jangan pula ada nada cemburu mahupun hairan mengapa lelaki hodoh selalu saja dapat memikat hati si gadis seksi dan mengancam . Sedar atau leka dibuai keasyikan perasaan itu  , ia sebenarnya mampu melahirkan impak cukup besar dalam kehidupan individu . Perasaan yang istimewa itu mampu mengubah kenyataan dan kepercayaan pasangan yang dibuai asmara .


Cinta adalah satu perkara yang indah dan mengasyikkan . Persoalannnya , tahukah anda saat dilamun perasaan itu ? Tiada cara mudah untuk mencari kebenaran di sebalik perasaan anda atau individu lain . Namun , ada beberapa tanda memberitahu kisah cinta mula mekar .
  • Anda tahu kerana anda pun sudah mula bercerita mengenai perasaan istimewa terhadap seseorang itu kepada rakan
  • Apabila meluangkan masa dengan si dia  , anda sangat selesa bahkan mesra
  • Jika atau apabila anda merasa cemburu , perasaa itu akan hilang kerana anda yakin bahkan anda percaya dengan pasangan anda tentang keikhlasannya 
  • Rasa tenang apabila bersama pasangan 
  • Apabila anda berbincang mengenai sesuatu dengan pasangan , walaupun terpaksa berdebat , anda masih dapat mengawal emosi bahkan selepas itu keadaan menjadi lebih mudah untuk diuruskan bersama 
  • Pasangan tidak pernah meminta anda untuk memilih antara dia atau kesetiaan anda kepada keluarga dan rakan
  • Sama ada anda atau pasangan anda berasa perlu untuk menguji kesetiaan atau perasaan antara satu sama lain 
  • Anda senang bersamanya walaupun dengan rakan lain
  • Jika seks adalah keperluan utama dalam hubungan yang dijalin , maka perasaan yang hadir itu bukanlah cinta sebenarnya . Cinta sepatutnya tidak hanya berlandaskan keinginan nafsu sebaliknya tanggungjawab dan komitmen bersama
Cinta paling agung sewajarnya kepada ALLAH , diikuti Nabi Muhammad SAW dan kemudian sesama manusia . Ini bermakna agama mengajar pengikutnya untuk mencintai sesama sendiri tanpa mengira latar belakang etnik , bahasa atau budaya mereka . Cinta yang digalakkan membabitkan jiran , rakan sekerja , saudara mara dan bahkan orang yang tidak dikenali .


THANK YOU FOR READ MY STORY

1 October 2011

♥ PERTAMA & TERAKHIR ♥

" Kali pertama dan terakhir aku pergi ke Sg. Besar "
Mak ai , bershoping sakan erk kau Nur Fazrina . Semua kedai kau masuk . Tak penat ke ? Pas tuh nampak jeh barang yang lawar sikit mula laa ' Rambang Mata ' . Tak tahu sama ada nak beli ke tidak . Last-2 beli jugakkan . Kalau tak beli nanti dah balik Politeknik menyesal lak kan . 

Senarai barang-2 yang aku dah beli : 
  • Selendang Cotton Manik 
  • Pashmina Box 4 Tone
  • Skaft 
  • Baju Kemeja  
  • Mini MP3 
Itu lhaa barang-2 yang aku dah Terbeli tadi . Aku tak boleh pergi kedai-2 yang ada pakaian nie . Pasti akan beli walaupun satu . Dah memang tabiat kot . Almaklumlha , perempuankan . Nak lha jaga penampilan . Tak da lha selekeh sangat . 

Aku tak keseorangan masa keluar tuh . Aku keluar dengan Izzat Irfan ( kawan politeknik ) , Dia yang ajak aku keluar sebab dia tak da teman nak keluar . Lagipun hari nie aku tak da buat apa-2 an , baik aku ikut dia g berjalan-2 . Keluar dari penjara buku nie . Sesekali nak restkan otak jugakkan . Punya lha baik si Irfan tuh , dia belanja aku makan KFC . Aku kalau orang nak belanja aku takkan tolak ' Rezeki Jangan Ditolak ' . hee ~   

Masa kami nak balik tuh , tunggu-2 bas tak jugak sampai . Last-2 kami naik TEKSI . Kene RM30 . Bapak lha mahalnya . padahal dekat jeh kot . Tak pe lhaa , dari kami kene tunggu lama-2 kat bandar tuh macam org bodoh jeh . Lagipun takut terlepak solat Zohor . Semasa dalam teksi tuh aku terlena sebab kepenatan . Perhhh !!! memang penat lhaa . 

Sampai-2 jeh bilik aku terus g mandi , solat and TIDUR . Tup-2 sampai lhaa pukul 7 ptg . Pastuh aku bangun aku siap sedia nak solat and bersiap nak g makan malam lak . Malam nie kau makan nasi pataya . Sedap sangat-2 . Kekenyangan dah aku malam nie . Dah kenyang apa lagi , aku nak tidur lha . Good night semua . Kbai =))                                                       

THANK YOU FOR READ MY STORY

♥ LEPAKING in KFC ♥

" SERONOK DAPAT KELUAR DENGAN CLASSMATE YANG TERSAYANG "
Semalam aku dengan classmate aku g bandar Sabak Bernam . Kami dapat keluar pun sebab class measurement dibatalkan sebab lecturer kami pergi kursus selama seminggu  . So , dah ada time free tuh kami keluar lhaa nak hilangkan stress asyik study jeh kan . Sekali sekala nak enjoy and berseronok jugak . 


SEMOGA KITA DAPAT OUTING RAMAI - RAMAI LAGI LHA HENDAKNYA

THANK YOU FOR READ MY STORY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...